Friday, 9 December 2016

Wahyu dan al-hawa

Sebagai muslim, tidak pelik sekiranya kita merasakan iman kita, sekejap naik dan sekejap turun. Sekejap kita merasakan kita seorang muslim yang sejati, tetapi kekadang merasakan bahawa kita adalah seorang yang jahil. Iman itu boleh naik atau turun. Tapi menjadi suatu kemestian untuk kita sentiasa berusaha untuk menjaga iman kita, dengan melakukan perkara yang Allah suruh dan menghindari kemungkaran. Oleh sebab itu, kita perlu menjauhi al-hawa.

Tapi apakah itu al-hawa?

Al-hawa adalah apa apa yang bertentangan dengan wahyu Allah, Perkara yang benar adalah hanya dari wahyu Allah. Dan selain itu adalah al-hawa yang bersifat batil, manakalah wahyu Allah adalag Al-Haq. Orang yang mengikut al-hawa pasti akan dikutuk atau dicela.

Dalam Surah An-Nazi'at, ayat 37-39, Allah berfirman "Maka barangsiapa yang melampau batas, dan mengutamakan hidup di dunia, maka sesungguhnya neraka tempat duduknya"

Tiada jalan tengah antara jalan mengikut syariat Allah yang lurus dan jalan jalan kemungkaran. Pilihlah antara petunjuk Allah ataupuh tipu daya syaitan, Tiada manhaj bagi orang yang beriman untuk dipilih-pilih dan tiada jakan baginya untuk mencampur adukkan antara satu sama lain. Surah Al-Baqarah, ayat 208, Allah beriman supaya kita masuk ke dalam Islam secara seluruhnya. 

Persoalannya, sudahkah kita?

Terdapat beberapa peringkat dalam kekufuran dan adalah dilarang sama sekali untuk kita mengkafirkan seseorang muslim tanpa sebarang bukti yang kukuh. Perlu ada bukti yang jelas yang menunjukkan kekafirannya. Contohnya, mengatakan bahawa solat fardu itu tidak wajib ataupun menghina Allah atau AL-Quran. Tetapi, sekiranya seorang muslim itu melakukan maksiat sedangkan dalam hatinya masih ada iman dan masih membenarkan perkara perkara asas dalam Islam, maka dia hanya lah seorang muslim yang derhaka, bukan kafir, 

Sesungguhnya generasi kita sekarang terlalu leka dan telah tertipu oleh agenda pihak pihak tertentu yang ingin meruntuhkan syiar Islam. Oleh itu, kita harus kembali tegakkan kegemilangan Islam sepertimana gemilangnya Islam pada suatu masa dahulu. Islam kini seperti singa yang telah dijinakkan untuk menjadi kijang. Bangkitlah kembali agar kita kembali menjadi singa yang gagah oerkasa untuk agama Islam. 

Sekian

(Dipetik dan diringkaskan dari buku Al-Muntalaq)