Saturday, 10 December 2016

Hanya gerhana, bukan terbenam matahari

 Gerhana ini diibaratkan sebagai penyingkiran Islam dari sistem hidup. Ia hanya bersifat sementara, seperti gerhana. Kerana Allah telah janjikan bahawa suatu hari nanti, Islam dan kebenaran akan dapat juga ditegakkan. Bukanlah bermakna dengan kemungkaran yang kian bermaharajalela kini, Islam tidak ada peluang dan harapan untuk ditegakkan. Ini  memerlukan usaha dari umat islam itu sendiri. Allah menyuruh kita untuk sentiasa berusaha bagi mendapatkan sesuatu dan selebihnya, atau hasilanya, pasti berada di bawah kekuasan Allah.

Masyarakat jahiliyyah dahulu tidak pernah terfikir atau tergambar bahawa akan adanya suatu sistem atau manhaj yang akan memberi perubahan yang besar dan sebagainya, SIstem atau manhaj yan dimaksudkan di sini adalah Islam. Islam telah banyak memberi perubahan dalam sistem kehidupan jahiloyyah dengan menghapuskan perhambaan terhadap benda selain Allah, menghapuskan riba dan banyak lagi. 

Islam telah mengajar kita untuk hanya menyembah Allah yang Maha Esa, dan  bukannya terhadap kebendaan. Ini adalah pembebasan yang sebenar. Manusia yang merdeka adalah manusia hanya tunduk kepada Allah. Sujud pembebasan adalah simbol bahawa kita hanya meperhambakan diri kita hanya kepada Allah. Sujud adalah masa di mana kita sangat dekat dengan Allah.

 Sujudlah keada Allah, dan rasakan bahawa Allah itu sangat dekat dan hampir dengan kita, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita, dan apa yang dibisikkan oleh hati kecil kita. Jangan pernah berhenti mengharap dan bertawakkal kepada Allah. 

Agama dan manusia ibarat bumi dan paksinya. Tanpa agama, manusia akan jatuh da hilang pendirian. Dakwah pula seperti graviti, matahari dan bulan. Tanpa semua ini, berlakulah kiamat. 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat :)

Maaf sekiranya terdapat kekurangan atau kesilapan. 

Sekian

(Dipetik dan diringkaskan dari buku Al-Muntalaq)

No comments:

Post a Comment